fbpx

Ayda Jebat Nak Timang Anak Kedua Secepat Mungkin

Anak sulungnya, Ana Nayla bakal memasuki usia setahun pada September depan, pelakon dan penyanyi Ayda Jebat berkata dia teringin untuk menimang cahaya mata kedua.

Memetik Astro Gempak, Ayda berkata dia menerima jika diberikan rezeki anak kedua dalam masa terdekat sekaligus memudahkannya untuk kembali bekerja dalam masa beberapa tahun kemudian.

BACA: Ayda Jebat Tolak Lakon Babak Mesra, Bersentuhan Dengan Pelakon Lelaki

“Saya ready anytime..kalau boleh nak sekarang. Bukan apa, saya dah lama tak shoot (bekerja). Dengan Ana Nayla pun hampir dua tahun berehat kerana kamu lihat dia membesar dulu.

“Jadi kalau nak tunggu anak kedua selepas kembali bekerja akan memberi sedikir kesukaran, saya tak suka bekerja ketika hamil,” katanya.

Bagaimanapun, Ayda berkata dia perlu menunggu untuk hamil lagi memandangkan sebelum ini dia melahirkan cahaya mata secara pembedahan. 

“Begitupun saya tak boleh untuk hamil buat masa sekarang. Sebab kelahiran Ana Nayla melalui proses pembedahan jadi memang kena tunggu dulu sebelum boleh hamil sekali lagi,” katanya.

Ayda mendirikan rumah tangga dengan Nabil pada 1 Januari 2021. Pasangan itu dikurniakan cahaya mata perempuan, Ana Nayla pada 21 September tahun lalu.