fbpx

Ayda Jebat, Nabil Mahir Terpaksa Batal Majlis Resepsi Di Langkawi

Pengacara Nabil Mahir memaklumkan dia dan keluarga terpaksa membatalkan majlis resepsi sebelah pengantin lelaki yang sepatutnya diadakan di Langkawi, Kedah berikutan peningkatan kes Covid-19.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Nabil berkata majlis tersebut dijadualkan berlangsung pada 9 Januari lalu, namun dibatalkan demi keselamatan keluarga dan para tetamu.

BACA: 7 Hari Bergelar Suami, Nabil Mahir Tak Percaya Dah Kahwin Dengan Ayda Jebat

“9.1.21 sepatutnya tarikh respsi belah saya di Langkawi. Persiapan bermula selepas pertunangan dan semuanya dah sedia. Surprise untuk Mama pun ada.

“Tapi memandangkan kes sangat tinggi, kami sekeluarga buat keputusan untuk membatalkan majlis tersebut untuk keselamatan tetamu dan keluarga. Asal buat yang wajib, kita dah happy!” katanya.

Redha di atas apa yang berlaku, Nabil berkata sebagai hambaNya kita hanya mampu merancang namun Allah lebih mengetahui apa yang terbaik.

“Kita boleh plan. Tapi Allah lagi mengetahui. Redha dan Insy’Allah Allah berikan yang lebih baik,” tulisnya.

Nabil Mahir dan Ayda Jebat selamat diijabkabulkan dengan dengan sekali lafaz dalam majlis serba sederhana di Kuala Lumpur pada 1 Januari lalu.