fbpx

Ayda Jebat, Nabil Mahir Sah Bertunang Secara Online

Baru sahaja menerima lamaran kekasihnya pada Mac lalu, Ayda Jebat memaklumkan bahawa dia kini sah menjadi tunangan Nabil Mahir secara atas talian. Berita gembira itu diberitahu oleh Ayda menerusi Instagramnya sebentar tadi.

Menerusi entri itu, Ayda turut memuat naik gambar bersama di atas majlis pertunangannya. Nabil juga dilihat turut memuat naik perkongsian yang sama dan gambar yang dimuat naik adalah secara suntingan sahaja.

BACA: Tayang Cincin Di Hari Jadi, Ayda Jebat Terima Lamaran Nabil Mahir

Tampil sedondon mengenakan pakaian merah jambu, gambar pasangan itu kelihatan berada di tempat yang sama tetapi sebenarnya berada di lokasi yang berbeza. Ayda berkata, meskipun majlis diadakan secara online namun tetap bahagia.

Perkongsian pasangan itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan tahniah. Malah, ramai turut mendoakan agar keduanya cepat-cepat naik pelamin.

Meskipun kita berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), namun ia tidak menghalang untuk menyatukan hubungan pasangan yang bercinta. Tahniah diucapkan kepada Ayda dan Nabil, semoga ikatan ikatan pertunangan yang dibina kekal hingga ke jinjang pelamin.