Selamat menimang cahaya mata kedua pada 12 Disember lalu, penyanyi dan pelakon Ayda Jebat memilih nama Aali Mateen untuk anak lelakinya.
Menerusi perkongsian di Instagram, Ayda berkata dia dan suaminya, Nabil Mahir mengambil masa yang lama untuk memilih nama tersebut.
BACA: Ayda Jebat Selamat Bersalin Anak Kedua
View this post on Instagram
Dalam pada itu, Ayda dan Nabil mendoakan Aali menjadi anak soleh serta sentiasa menyayangi kedua ibu bapanya.
Ayda turut memuat naik gambar anak keduanya namun hanya menampakkkan bahagian hidung dan mulut anaknya.
Ayda dan Nabil Mahir mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021. Pasangan itu menimang cahaya mata sulung Ana Nayla pada 21 September 2021.