fbpx

Siapa yang tida mahu menang dengan cara yang paling mudah dan senang bukan? Nak-nak lagi cara untuk rebut hadiah hebat ini semudah ABC sahaja!

Kali ini Oppo Malaysia akan berikan ada hadiah yang awesome hanya dengan sertai pertandingan menari di laman TikTok Oppo yang berlatar belakangkan muzik pilihan Oppo.

Selebriti seperti Ayda Jebat, Elfira Loy, dan Saharul Ridzwan pun tidak mahu ketinggalan rebut cabaran ini tahu!


Anda boleh pilih muzik lagu Oppo F11 Pro x Ayda Jebat sebagai lagu yang bakal mengiringi gerak tari anda. Pertandingan yang sangat mengiburkan ini tidak terhad tarian solo sahaja, secara berkumpulan pun boleh!

Jadi anda bolehlah kumpul kesemua rakan-rakan anda untuk sertai gerak tari yang ini. Tidak kisah sebagai mana gerak tari anda secara berkumpulan mahupun solo yang pastinya tidak tersasar dari tarian yang sepatutnya.

Tapi jangan lupa pula daftar kesemua nama ahli kumpul anda nanti di sini.



Nak-nak lagi, lagu Oppo F11 Pro x Ayda Jebat ini genre rancak. Jadi bolehlah anda sertai pertandingan ini sambil berhibur.

Caranya mudah sahaja, anda hanya perlu muat turun aplikasi TikTok, kemudian klik butang rakam (record), tapi jangan lupa pula untuk klik butang tambah muzik latar untuk anda pilih lagu yang bakal merancakkan lagi tarian anda.

Selepas itu barulah anda perlu, klik butang playlist dan seterunya terus ke butang challenge untuk anda sertai pertandingan Oppo ini.

Langkah seterusnya anda hanya perlu pilih lagu Oppo F11 Pro yang telah disediakan dan teruskan atur gerak geri dan rakam setiap gerak tari anda di laman TikTok.

Apabila sudah siap video gerak tari anda yang diiringi lagu Oppo F11 Pro x Ayda Jebat itu, jangan lupa pula kongsikan video anda di laman TikTok dan Instagram berserta #LightUpF11Pro.


Jika anda mahu rebut hadiah utama berupa telefon pintar Oppo F11 Pro dan wang tunai bernilai RM3,000 pastikan media sosial ada itu dalam mode public. Barulah penilai boleh tonton video anda bersama rakan.

Jangan lupa kongsikan video anda sepanjang : 31 Mac sehingga 20 April 2019 ini. Mana tahu mungkin anda pemenangnya. Pemenang akan diumumkan pada 22 April!

Selain hadiah utama yang menjadi tumpuan anda juga boleh rebuat hadiah tempat ke-dua iaitu OPPO F11 Pro dan wang tunai RM1,500, hadiah tempat ke-tiga pun tidak kurang hebatnya, anda bakal dapat smart band (RM389) dan wang tunai bernilai RM1,000.

Hadiah special untuk anda pun ada juga tahu!Antaranya bluetooth earphone bernilai RM148 akan dimenangi oleh tarian solo paling menarik (seorang pemenang), kumpulan terbaik (satu kumpulan sahaja), yang paling kreatif (seorang pemenang), paling lucu (seorang pemenang) dan terakhir kategori pilihan Ayda Jebat.

Bukan itu sahaja, hadiah saguhati pun turut disediakan untu 30 pemenang yang bakal mendapat tiket wayang secara percuma.

Menarik bukan, cara untuk memenangi hadiah awesome ini sangat mudah. Sambil-sambil rakam video untuk cabaran ini anda juga boleh berhibur bersama. Jadi apa tunggu lagi muat turut aplikasi TikTok sekarang!

Menarik mengenai Oppo F11 Pro:

1. 48 MP Dwi-kamera Belakang Yang Memukau

Oppo F11 Pro dihadiri dengan dwi-kamera belakang dengan lensa 48-megapixel serta F1.79 aperture untuk kualiti gambar yang menarik.

Menarik lagi, Oppo F11 Pro ini juga dilengkapi dengan enjin A. I. Ultra-Clear, jadi tiada lagilah masa pencahayaan terlalu gelap (under-exposure) atau terlalu terang (over-exposure) akan berlaku ketika anda mengambil gambar nanti.

Jika anda nak tahu, ini adalah tia ciri utama Oppo F11 Pro:

Potrait Mode

Rata-ratanya pasti ada gambar potrait yang anda kongsikan di laman sosial anda bukan? Kali ini dengan Oppo F11 Pro gambar potrait anda akan lebih jelas dan terang serta bertambah cantik jika diambil pada waktu malam.

Hanya on sahaja potrait mode dan ready untuk tangkap gambar maka terhasil gambar anda yang ensem dan menawan itu.

Ultra Night Mode

Bagi yang gemar ambil gambar pada waktu malam ultra night mode sangat sesuai untuk anda. Tak kisahlah apa jenis gambar yang anda ambil, yang pasti gambar anda akan lebih terselah bak permata.

Menariknya dengan ultra night mode ini dapat membezakan gambar anda dengan latar belakang!

Dazzle Color Mode

Jika sebelum ini, anda akan edit dahulu gambar yang anda ambil dan baru muat naik di media sosial. Kali ini tak perlu susah-susah muat turun aplikasi editing lagi.

Dengan Oppo F11 Pro, anda hanya pilih dazzle color mode untuk jadikan gambar anda lebih terang dan cantik yang penting dah tak perlu edit!

Dazzle Color Mode ini akan jadikan warna pemandangan latar belakang ketika anda bergambar lebih cantik dan menawan.

2. VOOC 3.0 Flash Charge dan Bateri 4000 mAh

Rata-rata anda pastinya inginkan telefon pintar yang mempunyai pengecasan cepat dan jangka hayat bateri yang tahan lama bukan?

Jangan risau dengan Oppo F11 Pro yang dihadiri dengan 400 mAh bateri dan dilengkapi dengan pengecasan pantas VOOC 3.0 berasaskan mikro-USB. Yang paling penting, hadir dengan paparan Full HD dengan skrin saiz sebesar 6.5 inci dan teknologi hyper boost.

Nak-nak lagi masa yang diambil semasa pengecasan hanyalah 30 minit sudah boleh buatkan beteri telefon anda penuh. Menarik lagi, anda boleh gunakan selama 15 jam tanpa perlu fikir jangka hayat bateri!