fbpx

Ayah Noor Dayana: Anak Saya Tidak Pernah Redha Ashraf Muslim Kahwin Dua

Ashraf Muslim semalam mengejutkan ramai pihak apabila beliau membuat pengakuan di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur yang beliau sudah pun bernikah dengan kali kedua di Thailand.

BACA: Ashraf Muslim Sah Nikah Kali Kedua Di Thailand

Tindakan Ashraf Muslim itu mengundang rasa kesal di hati ayah mertua beliau iaitu ayah Noor Dayana, isteri pertamanya yang mendakwa selebriti itu telah berbohong tentang tujuan beliau ke Thailand.

Bercakap kepada media di mahkamah, Hj Lokman nyata kesal dengan keputusan Ashraf Muslim untuk berkahwin kali kedua sebelum mahkamah memberikan sebarang kebenaran untuk berbuat demikian.

“Kami sekeluarga tersangat kesal kerana kami mengharapkan perbicaraan ini — kerana jika mahkamah membenarkan dia berkahwin, kami redha. Kami akan hormat keputusan mahkamah”

“Ini belum lagi mahkamah buat keputusan, dia telah bernikah di Thailand,” ujar Hj Lokman yang turut berkata Ashraf Muslim tetap sembunyikan perkara ini sehingga beliau balik dari Thailand.

Hj Lokman turut menafikan yang anaknya Noor Dayana redha dengan keputusan Ashraf Muslim untuk berkahwin buat kali kedua & tindakan pergi ke mahkamah memang keputusan Noor Dayana sendiri.

“Daripada mula pun anak saya tidak rela atau redha — yang dalam surat khabar kata anak saya redha itu pun bukan dari anak saya — itu satu penipuan yang besar,” tambahnya lagi.