Mengakui terkejut dengan perkahwinan mengejut ayahnya iaitu Zainol MacWilson, Zahirah sendiri menyatakan bahawa dia harus kuat menghadapi dugaan tersebut selain menyatakan ada impak yang terpaksa ditanggung olehnya.
BACA: Zahirah MacWilson Tidak Gemar Ditanya Tentang Cinta
“Saya dapat rasakan memang papa sudah ada teman wanita pada mulanya, tetapi dia tidak pernah mengaku bila ditanya. Bila kami dapat tahu dia berkahwin, memang dalam keadaan terkejut sebab dia tidak pernah berkongsi apa-apa”
“Dalam waktu ini saya lebih banyak bersama ibu, melihat apa yang sedang dilaluinya kini tidak mahu saya biarkan dia keseorangan. Biar dia tahu, yang kami adik beradik masih bersamanya,” jelasnya yang turut redha menerima perkara tersebut kepada Utusan Malaysia.
Tambah Zahirah, dia dapat merasakan bapanya itu sudah mempunyai teman wanita pada mulanya namun Zainol tidak pernah mengaku bila ditanya. Malah apabila dapat mengetahui bapanya sudah berkahwin, dia mengakui memang terkejut.
“Ibu saya okey, sebab kami adik beradik sentiasa bersama dia. Malah dia juga selesa dengan kehidupannya kini.
“Saya lihat dia masih muda, jika suatu hari nanti hatinya terbuka untuk menerima orang lain, kami tidak akan menghalang dia,” katanya. (rtky/s)