fbpx

Awie: Tindakan Rozana Mahu Jahanamkan Saya

Bakal melangsungkan konsert pada 31 Oktober nanti, penyanyi rock Awie terlebih dahulu diuji dengan tindakan isterinya Rozana Misbun memfailkan permohonan interim nafkah anak di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan di.

BACA: Awie: Keluar Wings Lagi Pedih Dari Bercerai

Menurut Awie, dia terkejut apabila menerima surat daripada pihak peguam wanita berkenaan yang memintanya hadir ke mahkamah pada Khamis lalu untuk sebutan pertama kes berkenaan.

“Pada saya tindakannya secara mengejut menghantar surat tentang prosiding permohonan nafkah interim anak sengaja mahu menggangu perhatian saya terhadap konsert pada Sabtu ini. Dia bukan tidak tahu pada saat ini saya sibuk dengan latihan menjelang konsert yang berbaki dua hari lagi dan ini cubaan dia untuk menjahanamkan saya”

:Jika dia benar-benar ingin mempertahankan hak anak-anak sepatutnya dia hadir ke mahkamah tetapi apa yang saya lihat dia tidak serius dan cuba lari dari kenyataan. Dia tidak ada hati pun sebenarnya hendak mendapatkan anak-anak cuma mahu menggangu karier saya sahaja,” jelasnya kepada mStar Online.

Sebelum ini, Awie menerusi peguamnya, Mohd Syafiq Norizan akan mengemukakan bantahan awal terhadap permohonan isterinya selaku pemohon yang memfailkan tersebut di mahkamah pada 21 Oktober lalu.

Rozana dalam tuntutannya meminta responden iaitu Awie membayar wang nafkah bulanan, perayaan, tempat tinggal, persekolahan dan kos pembantu rumah untuk dua anak mereka iaitu Putra Ahmad Rezzki, 7, dan Puteri Qasseh Antasha, 5 yang kini dibawah jagaannya. (rtky/s)