Awie Sifatkan Perpecahan Wings Dulu Kerana Terlalu Ikut Emosi
Pernah dibelenggu dengan masalah rumah tangga, penyanyi rock Awie mengakui ada perkara yang lebih menyakitkan daripada bercerai iaitu berpisah dengan anggota kumpulan Wings yang sebelum ini menjangkau lapan tahun.
BACA: Doktor Sahkan Rozana Patah Tulang Hidung Dipukul Awie
“Hubungan kami seperti hubungan perkahwinan dan jika bercerai sudah tentu sedih, malah saya lebih terasa perpisahan dengan mereka daripada berpisah dengan isteri saya”
“Ia kerana Wings punca rezeki kami, sumber pendapatan Wings juga yang beri makan pada isteri dan anak-anak saya, begitu juga dengan ahli yang lain,” jelasnya kepada mStar Online.
Menurut Awie, keputusan Wings sebelum ini untuk berpecah adalah berpunca daripada tindakan yang terlalu mengikut emosi malah dia selaku vokalis kumpulan tersebut juga turut menyesal dengan perkara tersebut.
“Kini saya lebih banyak bersabar dan jika marah atau terasa dengan sesuatu perkara saya hanya berdiam diri. Mereka juga faham kalau saya diam sahaja bermakna saya terasa atau kecil hati,” ujarnya. (rtky/s)
ALA BUKAN TERLALU EMOSI TIME TU.TIME TU,KO AWIE TGH GALMER ,TAMAK NAK UNTONG SORANG JE KAN?
BILA DAH PUDAR PANDAI PULAK NAK RUJUK BALIK WINGS.
SUDAHLA.
Zabedah,jgn buruk sangka dgn org.hati kalau dh busuk..lebih baik doakan yg baik utk dia.allah yg bagi dia rezeki bkn tangan kau.
itu zabedah palsu,
kak bed takde komen mcm tu
Mata
Mata lagi pedih melihat jerubu yg x de kesudahannya…..
Dah tersedar popolariti ko x ler sehebat mana…tanpa wings…sape lah ko!
MINYAK NAIK LAGI BULAN OKTOBER……..INILAH TRAGEDI OKTOBER
Apa tak pedih nya…hutang melambak…duit masuk dah tak sebanyak mana lagiii…
Pedih lagi bila harga minyak naik…
Hidup Ada hukum karma inilah org Kita berhikayat penuh ranjau pengalaman adalah anugerah Dan Kita terus berharapan hapuskan rantai yg membelenggu Dan terus sejati.jgn sembunyi aku pun tahu. Biar Kita nmpak mcm awang trasher…..love u awie love u Wings
Tengokan jer perjalanan hidup ROCK konon…anak dan keluarga semua hancusss…muda bolehlah EK…bila tua dan pudar baru tshu tinggi rendah langit Allah.