fbpx

Awie Teruja Nak Timang Anak Ketujuh

Penyanyi rock lagenda, Datuk Awie teruja bakal menimang cahaya mata ketujuh, bayi lelaki yang bakal dilahirkan secara pembedahan pada 7 Julai ini.

“Bukan KLIA Sahaja, Airport Seluruh Malaysia Perlu Dinaik Taraf”

Baru-baru ini isu lapangan terbang di Malaysia menjadi bualan ramai apabila sebuah gabungan syarikat antarabangsa termasuk Global Infrastructure Partners (GIP) membuat bidaan untuk membeli pegangan penting dalam Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB). MAHB diketahui umum...

Baca Lagi

Memetik Harian Metro, Awie berkata dia sudah pun memilih nama buat anaknya itu iaitu Arjuna. Awie mengakui dia segan menimang cahaya mata pada usia 55 tahun namun menganggap ianya adalah rezeki.

BACA: Awie Dedah Pernah Hidap Kanser Buah Pinggang

“Saya sudah memilih nama untuk anak ketujuh saya ITU. Saya memilih nama Arjuna buatnya. Dia adalah Arjunaku!

“Teruja rasanya hendak menanti kelahiran cahaya mata ini. Jika diikutkan segan pada usia sebegini namun saya anggap ini adalah rezeki daripada Allah,” katanya.

Sementara itu, Awie berkata sebelum isterinya, Sharifah Ladyana melahirkan cahaya mata dia bakal berada di Kelantan atas urusan kerja dan akan pulang sebelum isterinya ke bilik pembedahan.

“Mengikut jadual, saya ketika itu berada di Kelantan atas urusan kerja, jadi pada malam itu juga saya perlu pulang ke ibu kota sebelum isteri masuk ke bilik pembedahan.

“Ini adalah antara pengorbanan saya sebagai anak seni. Antara sebab beginilah kenapa saya rasa bersalah pada isteri dan anak-anak. Namun jerih perih kehidupan inilah saya lalui demi mereka.

“Semoga semua diluar sana mendoakan semuanya dipermudahkan dan dilancarkan,” katanya.

Awie mendirikan rumah tangga dengan Sharifah Ladyana pada 7 Oktober 2016 dan mereka sudah dikurniakan seorang anak lelaki pada 2020 lalu.

SUMBER: Harian Metro