Penyanyi rock, Datuk Awie mendedahkan bahawa dia pernah menghidap kanser buah pinggang tahap awal tiga tahun yang lalu hingga terpaksa menjalani pembedahan.
Menerusi temu bual bersama sebuah stesen radio, Awie apabila doktor memaklumkan mengenai keadaannya itu, dia tergamam sehingga merasakan dunianya gelap seketika.
BACA: Awie Sanggup Tolak Tawaran Solo, Lebih Utamakan Persahabatan
View this post on Instagram
“Saya ada masalah buah pinggang, ada tumor dan doktor sahkan itu adalah kanser tetapi ahamdulillah dikesan lebih awal.
“Masa nak maklumkan kepada saya, doktor pun macam tergagap-gagap, dia kata, ‘This is very suspicious’ dan cakap satu buah pinggang saya perlu dibuang kerana ada tumor. Sebaik dengar dia kata macam itu, saya rasa ‘waktu’ saya dah nak habis, macam gelap sekejap,” katanya.
Menurut Awie lagi, pada awalnya dia enggan membuat pembedahan namun akhirnya melakukan pembuangan tumor itu selepas dipujuk oleh isterinya.
“Memang saya termenung agak lama selepas disarankan buang buah pinggang yang terjejas dan minta bagi saya peluang fikirkan ikhtiar lain.
“Lalu dia cadangkan saya ke sebuah hospital dengan meminta saya bertemu seorang pakar yang menyatakan peratusan saya menghidap kanser adalah sebanyak 95 peratus.
“Selepas empat bulan, akhirnya saya setuju melakukan pembedahan membuang tumor tersebut atas pujukan isteri,” katanya.
Dalam pada itu, Awie berkata pembedahan terbabit berjaya mengeluarkan tumor berukuran 2.7 sentimeter dan dia masih memerlukan pemeriksaan berkala.