fbpx

Awie Suruh Aliff Syukri Kumpul Setem, Cari Hobi Lain

Sejak kebelakangan ini, semakin ramai pula founder produk dan juga TikToker muncul dengan single mereka semata-mata untuk tujuan marketing.

Perkara itu turut mendapat perhatian penyanyi Datuk Awie yang meluahkan rasa kecewa apabila industri muzik dilacurkan oleh golongan tersebut yang kemaruk untuk menjadi penyanyi.

BACA: Awie Sedih Industri Muzik Dilacurkan Founder & TikToker Kemaruk Jadi Penyanyi

Menerusi satu temubual bersama F8Buzz, Awie ditanya apa reaksinya jika diajak berduet bersama Datuk Seri Aliff syukri. Penyanyi itu meminta Aliff masuk ke kelas vokal terlebih dahulu.

Mengulas mengenai kenyataan Aliff Syukri yang mengatakan bahawa nyanyian itu adalah hobinya, Awie berkata itu adalah kerjaya mereka sebagai anak seni.

“Betul itu hobi dia, tapi ini kerjaya kami. Industri adalah perkara yang serius. Maka saya dan yang lain-lain yang duduk di dalam ini adalah ini kerjaya kami.

“Bukan hobi kami, ini kerjaya yang kami cari dari titik peluh dari menyanyi, main muzik, lakonan dan sebagainya. Ini adalah perkara serius.

“Kalau ada hamlau yang datang nak mengacau industri ini, maka kami ini jadi marahlah. Kalau hobi pergi kumpul setem, tangkap ikan, cari rama-rama ke, itu hobi,” katanya.

Dalam pada itu, Awie turut meminta pihak berkenaan supaya tidak menghancurkan industri seni kerana itu adalah tempat dimana mereka mencari makan.

“Jangan hancurkan industri ini, kami perlukan industri ini untuk teruskan hidup, kalau dah tak ada lagi industri ini kami nak cari makan dekat mana.

“Korang dah kaya korang kayalah. Kitaorang tak pernah minta satu sen duit kau pun. Cuma kami minta jangan lacuri industri kami,” tegasnya.