fbpx

Awie Sah Dikurnia Gelaran Datuk

Tahniah kepada penyanyi rock legenda, Awie kerana telah dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk sempena ulang tahun keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah, yang ke-86 bagi tahun 2017.

BACA: Awie Dakwa Diri Berasal Dari Keturunan Raja Siam?

“Alhamdulillah. Hanya lafaz kesyukuran yang dapat saya ungkapkan ketika ini. Pada masa sama, tiada apa yang berubah, saya masih Awie yang sama dan mencari rezeki di atas pentas sebagai anak seni. Penghargaan yang diberikan ini bagaimanapun tentunya diharap dapat membuka lebaran lebih indah untuk tahun baharu memandangkan saya melalui pelbagai cabaran pada 2016”

“Bukan saja berperanan sebagai penyeri kepada keluarga, saya menganggap rezeki ini datang dengan berkat kehadiran isteri saya. Doakan yang baik-baik saja buat saya sekeluarga,” kongsinya kepada BH Online.

Sebelum ini Awie pernah menggemparkan industri tanah air dengan mengakui bahawa dirinya adalah berasal daripada salasilah keturunan raja Siam. Bagaimanapun penyanyi lelaki ini enggan mengulas lanjut mengenai perkara berkenaan. (rtky/s)