Awie Mahu Rozana Bertaubat
Diuji dengan kemelut rumah tangganya ketika ini, Awie mengakui tindakan yang diambil terhadap isterinya, Rozana Misbun adalah semata-mata untuk memperjuangkan hak anak-anak.
BACA: Awie Ingin Derma Semua Organ, Anggap Satu Amal Jariah
“Apa jua hak anak-anak, saya minta dia kembalikan semula di mana sebelum ini saya pernah mengamanahkan sejumlah wang kepadanya untuk menguruskan kebajikan anak-anak jika berlaku sesuatu yang tidak diingini kepada saya”
“Anak-anak adalah segala-galanya buat diri saya dan kebajikan untuk mereka memang saya utamakan,” tegas Awie.
Selain itu, penyanyi rock ini juga dalam masa yang sama turut menyatakan bahawa sejak daripada awal perbalahan, dia tidak pernah membangkitkan soal penceraian terhadap rumah tangganya itu.
“Sebenarnya bukan niat saya untuk bercerai tapi untuk memberi pengajaran kepadanya seterusnya bertaubat”
“Salah ke sebagai seorang suami saya mahu beri pengajaran kepada isteri saya yang tidak amanah itu? Tapi saya tidak mahu terlalu memikirkan soal ini kerana apa yang penting sekarang adalah anak-anak,” ujarnya lagi.
Pada 14 Januari lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur telah membatalkan hak penjagaan sementara tiga anak yang diperoleh Awie. Keputusan itu membenarkan kedua-dua pihak mempunyai sama hak ke atas tiga anak hasil perkahwinan mereka itu. (rtky/syfq)
x abis2 cite pasal si tauke clubbing and si bini derhaka ni.. ko tu 2×5 je awie oii.. ko tu buat business maksiat, jual air kencing setan, sape plak nak bg pengajaran kat ko? tu ke hasil duit ko bg mkn kat anak2 ko? semoga Allah swt ampunkan segala dosa and harap dipertemukan hidayah.. bukan suh ko jd alim, tp pertimbangkan semula rezeki pendapatan yg ko cari.. x halal, x berkat tau x! terang lg bersuluh..
Dia tak patut jual air kencing syaiton. Pak Dreba ni pemandu bas Rapid, kadang2 ada yg memandu lepas minum air kencing syaiton sampai bas pak dreba pun depa langgaq.
boring tol ler.. asyik2 ksah mamat ni ngn bini dia yg kurafat 2.. tol ke awie ni tauke clubbing?? hemm klu cmtu duit ko 2pun x berkat bg ank bini mkn.. pelantak ar bini ko nk perabiskan duit ko 2! huhu
Karma… :(
HUKUM KARMA. mcm tajuk lagu wings..
Dan bosan cerita ni. Next?
Ko pon tobat gak la awie oii…lelaki yg baik x kan aibkan bini or bekas bini.ko je yg bunyi lebih burukkan org.dulu dgn si arni pun mcmni jgk.ko aib kan dia mcm2..skrg yg ni pon mcmni jgk..nt klau kawin lg mmg naya la sapa jd bini ko..bila x suka mcm2 kuar dr mulut ko…..ko pon poyooooooo la.
Alhamdulillah.
ni y tk pahamnya kan suami tu kepala keluarga dye y membimbing isteri dye or (sblum jdi bekas isteri dye)kenapa lak baru suruh betaubat melainkan suami tuh muaalaf kot..isteri y menegur suami..aih btulkh y sy taip nih huhuhu..apapunya suami/bapa
Ingat allah ye uncle awie ku sayang..