fbpx

Awi Rafael Stabil Selepas Kemalangan

Penyanyi, Awi Rafael kini dalam keadaan stabil selepas terlibat dalam kemalangan jalanraya sekitar jam 1 pagi tadi berdekatan dengan kawasan perumahannya di Kota Damansara. Difahamkan, motorsikal miliknya dilanggar sebuah kereta ketika dalam perjalanan ke studio muzik.

BACA: Awi Rafael Bersyukur Ikut Kata Hati Tinggalkan Hanez Suraya

Memetik laporan Berita Harian Online, menurut Bahagian Promosi Domestik Warner Music, Anne Mokhtar, kejadian malang itu turut menyebabkan Awi diseret oleh kereta berkenaan sehingga menyebabkan kecederaan pada bahagian kaki beliau.

Sejurus selepas itu, beliau telah dimasukkan ke hospital dan menerima rawatan sekitar jam 3 pagi tadi. Anne turut memaklumkan bahawa, keadaan Awi kini sudah stabil dan menurut doktor, beliau boleh dibenarkan keluar daripada hospital sama ada hari ini atau esok.

Apapun, semoga keadaan Awi akan bertambah pulih selepas ini. Diharap pengguna jalanraya lebih berhati-hati ketika memandu kenderaan, jangan disebabkan kelekaan sendiri memandu mengheret orang lain pula sehingga menyebabkan kemalangan jalanraya. (rkty/w)