fbpx

(Sidang Media) Awal Ashaari Tertekan, Scha al-Yahya Silap Percaturan

(Sumber Gambar: Awal Ashaari & Berita: mStar Online)

Malam tadi selepas berakhirnya Sehati Berdansa, Awal Ashaari & Scha al-Yahya mengadakan sidang akhbar khas.

Awal Ashaari menjelaskan yang beliau bukan enggan, tetapi tertekan sehingga tidak mampu berikan sampel air kencing.

Beliau terpaksa di’bawa ke balai polis & di’berikan air sebanyak 3 botol sebelum ujian dadah membuktikan beliau bebas dari pengaruh alkohol & benda asing.

Scha al-Yahya mendakwa kehadiran mereka di Rootz tidak di’rancang sama sekali kerana pelan asal mereka semua akan ke Teeq.

Scha al-Yahya mendakwa mereka semua tidak mengetahui yang Rootz beroperasi tanpa lesen.

Kalau di’ikutkan dari kenyataan mereka, nampak seperti mereka berdua mangsa keadaan yang tidak bernasib baik pada malam tersebut.

Tidak mengapa Awal Ashaari & Scha al-Yahya, sekurang-kurangnya kamu berdua berani tampil memberikan penjelasan.

Sekarang semua orang sudah tahu kisah sebenar & hidup mesti di’teruskan bukan? Let’s get some ice cream first.