fbpx

Awal Ashaari Takut Wartawan, Minta Layanan Istimewa – Polis

(Sumber Gambar: Sedutan Sidang Akhbar di Astro | Berita: mStar Online)

Masih belum habis lagi kisah penangkapan epik Awal Ashaari, Scha al-Yahya & yang lain-lain. Kali ini, pihak polis bersuara.

Menurut pihak polis, mereka memberikan layanan sama rata kepada semua yang terlibat & Awal Ashaari tidak terkecuali.

Layanan istimewa yang di’dakwa Awal Ashaari dalam sidang media malam tadi adalah atas permintaan Awal Ashaari sendiri yang mahu menyorok dari wartawan.

“Selepas ujian air kencingnya selesai, ikutkan Awal sudah boleh beredar dari situ (IPK) tetapi dia yang minta untuk berada di situ buat sementara waktu kerana takut dengan ‘paparazi’.”

Pihak polis juga meminta orang ramai supaya tidak pandang serong terhadap polis atas kenyataan ‘layanan istimewa’ dari Awal Ashaari.