Pelakon dan pengacara Awal Ashaari tampil mempertakan diri apabila gaya hidup mewahnya menjadi bualan selepas memberi pendapatnya mengenai gerakan Blockout 2024.
Menerusi ruangan komen, Awal berkata bukan mudah untuk mencari rezeki bagi menyara keluarga. Katanya lagi, harta dimilikiny kini bukan mudah untuk diperoleh dan perlu bekerja keras seperti orang lain.
BACA: “Dia Sendiri Pernah Jadi Duta Jenama ‘Israhell’” – Awal Ashaari
“Awak tak tahu struggle saya. Orang kata besar periuk, besarlah keraknya. Kemewahan bukan datang bergolek, kena kerja juga, usaha juga. Bulan-bulan kena bayar juga, bukan percuma. Maaf kalau tersinggung,” katanya.
Awal berkata demikian bagi menjawab komen seorang netizen yang bernaggapan pelakon itu tidak sesuai menyebut mengenai ‘struggle’ dalam kerana ramai orang di luar sana alami fasa sukar dalam mencari rezeki.