Seronok betul kami dengar celoteh Awal Ashaari di rancangan Fuhhh! hari ini. Ceria & tidak segan silu menghentam penulis blog.
Awal Ashaari yang sekarang ini sebenarnya ada masalah dengan persepsi manusia menggunakan televisyen untuk menangkis semua tulisan penulis blog hiburan tentang beliau.
Dengan menggelarkan para penulis blog ini sebagai tidak beretika & tidak mempunyai apa-apa kelulusan untuk menjadi wartawan.
Soalan daripada kami yang tidak beretika & tidak punya kelulusan ini, sejak bila awak ada kelulusan dalam bidang motivasi?
Awal Ashaari di’jemput untuk memberikan ceramah motivasi di Sekolah Kebangsaan Kg. Sungai Sampo, Jempol Negeri Sembilan November tahun lalu.
Seingat kami, Awal Ashaari hanya mempunyai kelulusan Bachelor of Arts in Film & Television dari Lim Kok Wing University.
Awal Ashaari mungkin akan keluar dengan alasan yang beliau datang atas jemputan & tidak semestinya memerlukan kelulusan untuk menjadi penceramah motivasi.
Percaya atau tidak, kes sama terjadi di’pihak kami. Kami hanya memenuhi permintaan mereka yang mahukan berita hiburan dari satu sudut yang tidak bias.
Mereka masih boleh dapatkan berita dari wartawan yang berkelulusan, tetapi dunia hari ini, masing-masing mahu meluahkan pendapat sendiri.
Melalui ruangan komen yang ada pada blog kami, ini memberi peluang kepada selebriti untuk membaca sendiri response peminat mereka.
Kami terfikir juga, apa topik yang mengisi ruang ceramah motivasi beliau kepada anak-anak bangsa kita. Anda rasa?
Sorry Awal Ashaari, you asked for it.