fbpx

Awal Ashaari Didakwa Lakukan Khianat, Rosakkan Palang Pagar Perumahan

Pelakon dan pengacara, Awal Ashaari mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Petalig Jaya hari ini terhadap pertuduhan melakukan khianat dengan merosakkan palang pagar milik pengurusan perumahan.

Memetik mStar Online, Awal membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Zhafran Rahim Hamzah.

BACA: Asyik Kongsi Gambar Anak, Awal Ashaari Lupa Isteri Sendiri

Mengikut pertuduhan, Awal didakwa melakukan perbuatan itu di pondok pengawal Challis Damansara, Jalan PJU 3/30, Sunway Damansara, di sini dengan kerugian sebanyak RM600 pada 11.30 pagi, 16 April lalu.

Mengikut pertuduhan, Awal didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang setahun dan maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Mohamed Wafi Husain menawarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun, peguam bela, Datuk M Reza Hassan memohon ikat jamin dikurangkan kepada RM3,000 dengan alasan anak guamnya menyara isteri dan dua anak serta menanggung ibu bapanya yang sudah berusia dan pendapatannya tidak konsisten.

Mahkamah membenarkan Awal diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan tarikh 15 Julai ini untuk sebutan semula kes.