Awal Ashaari Dedah Wajah Anak Selepas Scha Al-Yahya Habis Pantang
Serba tidak kena nampaknya jika diri bergelar selebriti. Awal Ashaari & Scha al-Yahya baru baru ini telah didesak segelintir peminat untuk berkongsi gambar anak sulung mereka namun kedua dua mereka nampaknya ada pendirian sendiri dalam hal ini.
BACA: Scha Al-Yahya Telah Selamat Lahirkan Anak Perempuan
Menerusi Instagram beliau, Awal Ashaari memaklumkan yang mereka hanya akan kongsikan foto atau wajah anak sulung mereka selepas isterinya, Scha al-Yahya habis berpantang 44 hari menerusi hashtag #abispantangbarubolehkenal.
Okay sekarang hashtag pun bahan berita, selamat datang ke masa hadapan.
Ramai juga peminat meninggalkan komen menyokong tindakan Awal Ashaari & Scha al-Yahya ini namun tidak kurang juga terus mengatakan tidak wajar untuk mereka berdua merahsikan identiti anak mereka terlalu lama dari tatapan para peminat. Eh.
Scha al-Yahya selamat bersalin kira-kira pukul 5.50 petang pada 22 Julai lalu di Pusat Perubatan Prince Court Kuala Lumpur dan bayi perempuan seberat 3.17 kilogram itu dilahirkan secara normal. Masih belum ada nama didedahkan buat bayi sulung mereka ini. (rtky/m)
bia la kat dia. anak dia
BERANGAN, DUKE & DUCHESS PUN TAK MACAM TU….
sukati engkau lah…bukan nya anak ko tu muka cam supermodel pon,,,,tak yah tunjuk pun tak kesah…
Tahniah di ucapkan kepada Awal Ashaari kerana telah menjadi bapa.. kalau nak dapatkan tips berkaitan merangsang minda anak anda boleh layari di sini..http://www.wom.my/keluarga/4-kaedah-merangsang-minda-anak/
tahniah awal n scha…semoga baby n mummy baby sihat sentiasa.
congrates awal n scha.. i dpt rasa kegembiraan u all cause i’ve gone through that moment before. semoga selamat dunia dan akhirat.
http://www.groboc.com.my kami ada jual pakaian kanak-kanak, banyak pilihan. Dress #frozen pun banyak juga, lebih dari 15 design, tapi laku sangat. Siapa lambat tak dapat. wassup terus ok 016-9988-745. TQ