fbpx

“Awak Juga Cuci Kaki Masuk Rumah” – Fauziah Perli Menantu

Selepas beberapa hari berdiam diri susulan kemelut anak-anaknya, ibu kepada Shila Amzah iaitu Fauziah Sarman akhirnya tampil bersuara mengenai isu tersebut.

Menerusi perkongsian di Instagram, Fauziah meluahkan rasa kecewa terhadap sikap penyanyi itu yang didakwa tergamak melemparkan kata-kata kesat terhadapnya.

BACA: “Emak Tak Redha Dengan Apa Shila Buat, Berhenti Menipu!!”

Dalam pada itu, Fauziah turut menyindir suami Shila iaitu Ubai sebagai orang luar serta mengucapkan terima kasih kerana melayannya seperti ini sedangkan dia menatangnya seperti anak sendiri.

“Untuk ‘orang luar’ yang pernah mak tatang bagaikan anak sendiri, terima kasih melayan mak begini. Untuk ‘orang luar’ yang baru memiliki Nurshahila terima kasih membuat kesimpulan yang hanya memenangkan diri kalian.

“Kita tiada beza, awak juga cuci kaki masuk rumah. Hati mak memang sudah dikisar halus. Mak bersuara demi maruah mak. Banyak rahsia yang mak simpan sorok selama ini demi namamu sebagai bintang popular,” tulisnya.

Difahamkan, Fauziah memuat naik perkongsian itu pagi tadi namun memadan hantara tersebut selepas beberapa minit ianya dimuat naik.