fbpx

Aura White Lancar Produk Terbaru Tarik Perhatian Izzue Islam

Jika sebelum ini Aura White terkenal dengan tagline Shake Shake Uolls hasil keluaran produk kecantikan dan kesihatan bagi kaum lelaki dan wanita.

Kini syarikat yang beroperasi sejak 2013 ini mengeluarkan produk terbaharu mereka iaitu Ubat Gigi Aura White yang sudah pun berada di pasaran sekarang.

Hampir 50 jenis produk Aura White yang berada di pasaran, antaranya Aurawhite Sparkle Diamond Collagen, Aurawhite Trial Skinspa, Auraman Turbo Collagen dan banyak lagi yang mendapat sambutan hangat oleh penggunanya.

Keluaran Ubat Gigi Aura White terbaru ini sekaligus memperkenalkan Izzue Islam, Fasha Sandha dan Pu Azman sebagai Ikon Aura White semasa majlis perlancarannya tadi.

Bertanya mengenai pemilihan Ikon Aura White, Datin Furyna Azmeer sebagai pengasas Aura White menyatakan pemilihan ketiga-tiga ikon baru ini dapat memperluaskan lagi permintaan ubat gigi keluaran syarikatnya.

“ Saya percaya setiap individu ambil berat dengan penjagaan gigi masing-masing. Ubat gigi amat penting dalam kehidupan seharian di mana purata kegunaan adalah sebanyak 2-3 kali setiap hari.

“ Aura White tampil dengan tiga variasi iaitu Whitening Hd Bright & Shine, Coconut Charcoal dan Kayu Sugi Premium Toothpaste,” katanya di majlis pelancaran produk terbaru ubat gigi Aura White.

Keluaran produk terbaru Aura White ini juga mendapat perhatian pelakon terkenal dengan panggilan oppa iaitu Izzue Islam yang sering menitik beratkan penjagaan gigi di mana merupakan salah satu aset penting baginya sebagai seorang selebriti.

Bukan itu sahaja, Fasha Sandha dan juga Pu Azman turut mengamalkan ubat gigi Aura White bagi membantu membersihkan serta memutihkan gigi dengan lebih efektif dan berkesan.

Menarik mengenai Ubat Gigi Aura White ini sesuai digunakan utk perokok tegar dimana ia sekaligus mengatasi masalah nafas berbau.

Jadi apa tunggu lagi dapatkan ketiga-tiga keluaran Ubat Gigi Aura White untuk melindungi gigi dan serta memberi keyakinan ketika anda berbual.