fbpx

Atilia Tekad Bawa Bakat Ke Indonesia, Pertaruhkan Album ‘Indah’

Lagi artis kita mencuba nasib di bumi Bakso, Indonesia. Kali ini giliran Atilia.

Atilia merancang untuk melancarkan album ‘Indah’ di Jakarta, Indonesia selepas Aidilfitri nanti.

Bercakap kepada mStar Online hari ini, Atilia sudah pun menandatangani perjanjian dengan Demajors sebagai pengedar album beliau di’sana.

Atilia turut mengakui yang lagu lagu berunsur jazz beliau kurang mendapat sambutan di Malaysia dan yakin dengan target audience di Indonesia yang lebih besar.

Mengambil inspirasi dari kejayaan Sheila Majid yang membawa irama jazz ke bumi Indonesia, Atilia berharap album beliau mampu mendapat sambutan baik.

Good luck Atilia. Bawa berita gembira untuk kami semua nanti!