fbpx

Atilia Dikecam Berkaki Ayam Buat Yoga Di Pasar Raya

Perkongsian video penyanyi Atilia Haron melakukan senaman yoga dengan tidak memakai kasut dan memegang makanan di sebuah pasar raya ternyata menimbulkan rasa kurang senang netizen. Rata-rata netizen menegur tindakannya itu yang tidak mementingkan kebersihan.

Tindakannya itu dikritik kerana boleh mengundang risiko memandangkan negara masih belum bebas dari COVID-19. Bagaimanapun, Atilia menjelaskan dia membuka topeng muka buat sementara dan  mengatakan dia tiada kasut kerana dirinya msikin.

BACA: Atilia Dikecam Tayang Tatu Di Perut Untuk Viral

https://www.instagram.com/p/CB9fdSFFPYA/?utm_source=ig_embed

“Saya ada topeng muka. Saya buka sekejap dan letakkan ia di leher. Ya, tiada kasut kerana saya miskin. Pegang barang sebab saya suka coklat itu dan saya beli,” tulisnya.

Jelas Atilia, dia memahami keadaan pandemik telah menyebabkan segelintir pihak terpaksa hidup dalam kesusahan. Bagaimanapun, dia langsung tidak mempunyai niat untuk menyinggung parasaan mana-mana pihak.

Dalam pada itu, Atilia juga menegaskan dia sudah mendapatkan kebenaran daripada pengawal keselamatan sebelum bertindak melakukan aksi tersebut di dalam pasar raya berkenaan.