fbpx

Atilia digelar Dato’ Sheila Majid di Indonesia

Semasa Majlis Pelancaran Butik Online ‘Bajookoo’ semalam, Atilia telah memberitahu kepada pihak media bahawa dia digelar sebagai ‘Dato’ Sheila Majid kedua selepas melancarkan album dan seterusnya membuat beberapa persembahan di sana.

“Alhamdulillah penerimaan peminat-peminat di sana terhadap muzik jazz ini amatlah menakjubkan dan saya sendiri tidak menyangkakan bahawa meraka amat menyukai lagu-lagu yang didendangkan saya seperti “Little Things’ duet bersama dengan kumpulan Sore yang telah mendapat kedudukan tertinggi di carta-carta muzik Indonesia. ”

“Selain itu, saya sendiri juga digelar ‘Dato Sheila Majid’ yang kedua di sana selepas membuat persembahan di sana dan saya juga tidak menyangka bahawa saya turut diberikan komen yang positif di dada-dada akhbar tempatan di sana. Ini menunjukkan usaha saya berbaloi dan tidak menyangka hasilnya sebegini,” katanya.

Atilia juga turut bersama-sama dengan Daphne Iking dan juga Yasmin Hani dalam perkongsian mereka dalam melaksanakan perniagaan online fesyen dengan jenama mereka ‘Bajookaa’.