Pelakon Datin Atikah Suhaime berkata perasaannya kini bercampur baur menanti detik kelahiran cahaya mata sulungnya yang kini sudah memasuki trimester terakhir.
Menerusi perkongsian di Instagram, Atikah berkata dia teruja untuk kelahiran anak sulungnya itu namun rasa gementar apatah lagi pertama kali melalui proses bersalin.
BACA: Disamakan Seperti Bibik, Atikah Suhaime Anggap Normal Isteri Urus Rumah Tangga
View this post on Instagram
“Last trimester. Kejap gembira, kejap cuak. Saya sangat teruja untuk bayi bakal lahir ini tapi pada masa yang sama takut nak beranak. Jadi, anda mungkin lihat saya bergelak ketawa dan sekelip mata bertukar cuak,” katanya.
Sementara itu, Atikah turut berkongsikan video menari bersama suaminya, Datuk Lokman Teh, di sebuah majlis ulang tahun kenalan mereka.
Perkongsian Atikah itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mendoakan agar urusan bersalin pelakon itu dipermudahkan serta berkongsikan beberapa surah untuk diamalkan bagi melancarkan proses bersalin.
Untuk rekod, Atikah dan Lokman yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif produk tempatan terkemuka, Zaitun mendirikan rumah tangga pada Januari tahun lalu.
SUMBER: Kosmo