Hampir seminggu mendirikan rumah tangga, pelakon Atikah Suhaime mengakui kekok apabila dipanggil dengan gelaran Datin.
Memetik Gempak, Atikah berkata dia masih membiasakan diri dengan gelaran tersebut dan lebih selesa dipanggil nama sendiri.
BACA: Atikah Suhaime Macam Tak Percaya Dah Kahwin Dengan Datuk Lokman Teh
“Mungkin Datin dari segi kerja, tapi dengan kawan-kawan saya suruh panggil Atikah sahaja. Tak payah nak Datin-Datin.
“Kalau contoh masuk pejabat fahamlah panggil Datin, tapi saya selesa dengan nama sendiri, peliklah bila orang panggil Datin,” katanya.
Sementara itu, Atikah berkata dia tidak tertekan mengenai soal cahaya mata sebaliknya gembira kerana ramai mendoakannya untuk menimang zuriat.
“Untuk seorang wanita mencapai kejayaan sememangnya untuk ada anak selain daripada bersuami.
“Saya gembira ramai orang nak benda tu dan dalam masa yang sama mereka mendoakan Atikah untuk dapatkan zuriat,” katanya.
Ahad lalu, Atikah Suhaime selamat diijabkabulkan dengan jejaka pilihannya, Datuk Lokman Teh.