fbpx

Atikah Suhaime Akan Ambil Tindakan Undang Undang

Tidak mahu mengulas lanjut tentang gambar bogel yang didakwa sebagai dirinya dan juga pelakon Idris Khan, Atikah Suhaime melalui Harian Metro menjelaskan bahawa dia akan mengambil tindakan undang-undang berikutan perkara tersebut.

BACA: Ammar Alfian, Atikah Suhaime Nafi Terlibat Video Lucah

“Saya tengah belanja raya dengan mak saya,” jawabnya kepada portal berita tersebut. Sementara itu, Atikah turut menjawab persoalan peminat mengenai tindakan yang akan diambil.

“Salam. Saya masih di Singapura. Saya akan ambil tindakan selepas balik ke Malaysia. Terima kasih sentiasa sokong,” jelasnya kepada peminat di laman Instagramnya.

Sebelum ini, nama Atikah Suhaime telah terpalit dengan kontroversi melibatkan dirinya, Idris Khan dan juga pelakon Ammar Alfian telah melakukan seks bersama. Tidak mudah melatah, Atikah menafikan sekerasnya perkara tersebut. (rtky/s)