Umum mengetahui sejak minggu lalu hangat diperkatakan mengenai kemelut hak penjagaan anak angkat penyanyi Noh Salleh dan bekas isterinya Mizz Nina.

Sebelum ini ibu kandung kepada Musa iaitu Athira berkata dia menafikan kenyataan Noh di mahkamah serta tidak memberikan keizinan kepada Noh untuk mengambil Musa ketika di bawah penjagaan Mizz Nina.


BACA: Ibu Kandung Musa Dakwa Noh Putar Belit Kenyataan

Katanya lagi, dia dimanipulasi oleh Noh untuk menandatangani akaun berkanun atau statutory declaration (SD) bagi membolehkan penyanyi itu menjaga Musa jika bekas isterinya ke luar negara.

Terbaru, menerusi temu bual bersama Hlive, Fynn Jamal berkata dia bersuara demi Musa kerana dia yang membantu proses dokumentasi untuk mengambilnya sebagai anak angkat.

“Tidak memihak kepada sesiapa, saya seperti serik hendak membantu pasangan yang ingin mengambil anak angkat apabila terjadinya perkara sebegini.


“Apa yang boleh saya katakan di sini, buang ego dan ingat Allah SWT. Sebab kalau bukan di dunia, pembalasannya pasti di akhirat nanti. Bukan soal siapa menang atau kalah. Saya rasa berdosa kerana tidak dapat membantunya (Musa),” katanya.

Sementara itu, Fynn berkata Athira sendiri yang memberitahu dia mengambil Musa dari kediaman Mizz Nina sebelum menyerahkannya kepada Noh. 

“Bukan Noh yang ambil, Athira yang ambil Musa dan pass kepada Noh. Semua ni ada dalam Whatsapp,” katanya.

Menurut Fynn lagi, Noh turut mempunyai bukti-bukti untuk ditunjukkan kepada mahkamah namun Mizz Nina sudah menarik semula kes dan tiada kesempatan menunjukkan bukti.

Kata Fynn lagi, dia sememangnya tidak mahu masuk campur tentang siapa yang menjaga Musa namun adalah lebih baik jika kedua-dua mereka beralah demi anak angkat mereka itu.

“Sejujurnya, aku taknak masuk campur siapa yang akan jaga Musa. Sekarang concern aku, sebaiknya dua-dua ni (Noh & Nina) beralah untuk Musa.

“Aku marah. Kau takde anak, kau nak anak. Tapi bila Allah bagi kau anak, kenapa kau buat anak kau macam ni? Demi Allah, aku ada fakta, aku ada bukti, aku ada video semua aku ada,” katanya.