fbpx

Ibu Kandung Musa Dakwa Noh Putar Belit Kenyataan

Ibu kandung ibu Musa yang juga anak angkat kepada aktivis kemanusiaan, Mizz Nina iaitu Athira mendakwa dia dimanipulasi oleh penyanyi Noh Salleh.

Memetik Harian Metro, Athira berkata dia menafikan kenyataan Noh di mahkamah semalam serta tidak memberikan keizinan kepada Noh untuk mengambil Musa ketika di bawah penjagaan Mizz Nina.

BACA: Noh Salleh Dakwa Mizz Nina Baru Berjinak-Jinak Menipu?

Katanya lagi, dia dimanipulasi oleh Noh untuk menandatangani akaun berkanun atau statutory declaration (SD) bagi membolehkan penyanyi itu menjaga Musa jika bekas isterinya ke luar negara.

Bagaimanapun, Athira berkata mereka tidak menandatangani surat berkenaan di hadapan pesuruhjaya sumpah sebaliknya hanya disaksikan oleh pekerjanya.

“Semua kenyataan dia (Noh) tidak benar dan saya dimanipulasi olehnya. Ketika dia minta saya menandatangani Statutory Declaration (SD), dia mengatakan sekurang-kurangnya bila Nina ke luar negara, dia dapat menjaga Musa. Jadi saya fikir Nina sibuk dengan kerja, jadi saya izinkan dia menjaga Musa buat sementara.

“Disebabkan itu saya tandatangani SD (akuan berkanun) itu. Saya tandatangani SD itu di hadapan pekerjanya sahaja. Tiada orang lain. Tiada Pesuruhjaya Sumpah.

“Saya tak tahu sah atau tidak ketika itu. Kemudiannya saya diberitahu saya sepatutnya tandatangani SD itu di hadapan Pesuruhjaya Sumpah. Jadi SD itu tidak sah,” katanya.

Dalam pada itu, Athira berkata dia tidak tahu mengenai perancangan Noh untuk mengambil Musa ketika ketiadaan Mizz Nina serta mengatakan kenyataan Noh kepada pihak media adalah tidak benar.

“Saya juga tak tahu dia merancang untuk mengambil Musa dan sebagainya. Jadi bila saya dengar kenyataan yang diberikan kepada media semalam dan kelmarin, saya terkejut kerana apa yang dia cakap semuanya tak betul.

“Saya mula pelik apabila dia menyuruh saya menyekat nombor telefon Nina. Jadi di sini niat saya hanya mahu memberitahu perkara yang betul selepas melihat apa yang berlaku sekarang ini,” katanya.