Kalau bab duit laju jer kan? Asal sebut bantuan itu ini mula lah nak sengeh sampai telinga. Tapi! Ada juga yang tak reti bersyukur. Tak cukup lah apalah. ada jer tak kena…Haish, cubalah buang sikap semua benda tak puas hati tu. Belajar bersyukur! Ha kan dah mula nak membebel dahni.
Cakap punya cakap, sejauh mana anda tahu pasal BPN 2.0 ni? Alah Bantuan Prihatin Nasional tu. Anda ambil tahu tak? Asal usul nya ke, detailsnya ke? Mesti tak kan? Takpe, meh sini kami bagi sikit info kat anda.
Bantuan Prihatin Nasional ni adalah salah satu bantuan yang disediakan oleh Kerajaan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang akan diberikan secara one-off kepada golongan B40 dan M40.
Pemberian Bantuan Prihatin Nasional bagi golongan B40 adalah berdasarkan pangkalan data Bantuan Sara Hidup. Manakala Bantuan Prihatin Nasional bagi golongan M40 pula adalah berdasarkan data percukaian Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). Bukan main redah jer bagi tau.
Anda Layak Ke?
Nak tahu layak ke tak, anda baca kat bawah ni. Barulah tahu siapakah yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional B40 dan M40.
Kategori yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional B40 adalah::
1) Isi Rumah
a) Kahwin; atau
b) Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang ada melaporkan maklumat Anak pada permohonan BSH 2020; dan
c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM4,000 dan ke bawah
2) Bujang
a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tidak melaporkan maklumat Anak pada permohonan BSH 2020; dan
b) Had umur adalah 21 tahun dan ke atas termasuk kategori warga emas (60 tahun dan ke atas); dan
c) Pendapatan Bujang adalah RM2,000 dan ke bawah.
Kategori yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional M40 pembayar cukai yang berdaftar dengan LHDNM yang berstatus adalah seperti berikut:
1) Isi Rumah
a) Kahwin; atau
b) Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda berdasarkan data percukaian; dan
c) Pendapatan agregat bulanan adalah RM4,001 hingga RM8,000 berdasarkan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) terkini.
2) Bujang
a) Individu yang berstatus bujang dalam data percukaian; dan
b) Had umur adalah 21 tahun dan ke atas; dan
c) Pendapatan bulanan adalah RM2,001 hingga RM4,000 berdasarkan Borang Nyata Cukai
Pendapatan (BNCP).
3) Pembayar cukai yang merupakan warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia.
Berapakah Jumlah BPN 2.0?
Anda boleh tengok jadual kat bawah ni okay. BPN 2.0 akan dibayar secara ansuran dan berperingkat dan dibahagikan kepada dua fasa iaitu Ansuran Pertama: Penghujung Oktober (yang ni anda dah dapat kan? Dah habis guna agaknya) dan Ansuran Kedua: Januari 2021 (lagi sebulan jer lagi!)
Tarikh Penting BPN 2.0 Yang Perlu Anda Ingat!
Ramai yang leka dan lupa tarikh penting untuk permohonan baru dan rayuan kerana ramai terlepas pandang tarikh tutup BPN 1.0 sebelum ini dan menyebabkan gagal mendapat bantuan BPN. Jangan asyik salahkan kerajaan jer tau. Anda kena alert jugak. Pastikan anda setkan reminder untuk tarikh penting ni yer.
Haa…bagi anda yang pernah menerima Bantuan BPN 1.0 sebelum ini, anda tidak perlu membuat sebarang permohonan baru untuk BPN 2.0 kerana pembayaran akan terus dibuat ke akaun anda yang telah didaftarkan.
Bayaran fasa pertama Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 berjumlah RM7 bilion dah pun diberikan kepada 10.6 juta penerima BPN sedia ada mengikut kategori isi rumah dan individu bujang pada 26 Oktober lalu.
Pecahan bayaran fasa pertama BPN 2.0 berjumlah RM4.8 bilion bagi kategori pertama penerima adalah isi rumah B40 yang akan menerima RM1,000 sementara RM500 kepada 3.8 juta kumpulan B40 bujang.
Manakala kumpulan ketiga adalah 1.4 juta isi rumah M40 akan menerima RM600 sementara 1.7 juta kumpulan M40 bujang akan menerima RM300.
Kami pasti untuk bayaran fasa pertama tu mesti anda dah guna kan? Ramai yang guna untuk keperluan isi rumah dan jugak buat modal berniaga. Okayla tu. At least anda manfaatkan duit ke tempat yang betul. Kesimpulannya, dengan bantuan yang diterima ni harapnya dapat memberikan faedah kepada anda. Jadi, jangan salah guna dan manfaatkan sebaiknya okay!