fbpx

Kakak kepada penyanyi Adira Suhaimi sudah tidak dapat menahan sabar serta memberi amaran kepada isteri pertama Datuk Seri Adnan Abu iaitu Datin Red supaya berhenti membuli adiknya.

Menerusi Insta Story, kakak Adira iaitu Emma Suhaimi dilihat memuat naik semula perkongsian Datin Red serta mengatakan ‘orang lain’ itulah yang banyak membantunya.

BACA: “Pinjam Duit Aku Tak Nak Cerita Pula, Sampai Jual Tanah Nak Tolong” – Datin Red

Menurut Emma lagi, baru pertama kali Adira dipuji secara terbuka di media sosial oleh suaminya namun seolah kurang disenangi oleh pihak sebelah sana.

“ORANG Lain yang kau cakap tu yang selalu tolong kau tau. Selalu tolong kau. Kau jangan lupa, mention la sikit baik orang. Asyik nak tunjuk kau punya sabar.

“ORANG LAIN tu baru je kena puji sikit di media sosial secara terbuka. eh kau tak boleh eh? Yang kakak sini dah diam lama ni ta tengok ORANG LAIN tu kena buli,” tulisnya.

Dalam pada itu, Emma berkata dia tidak akan berdiam diri lagi sekiranya adiknya terus dibuli dan turut mendedahkan sebelum ini Adira sering digertak.