fbpx

Astro Sahkan Ogy & Johan Raja Lawak Hos Utama Festival Filem Malaysia Ke 24

Untuk berlaku jujur, Festival Filem Malaysia setiap tahun merupakan acara anugerah yang menjanjikan jalan cerita yang hambar & terlalu RTM sifat’nya — tetapi tahun ini ia’nya seakan berubah.

Pertama sekali dapat kami lihat menerusi promosi yang di’jalankan pihak Astro selaku penyiar rasmi yang kami kira setaraf dengan nama besar Festival Filem Malaysia ke 24.

Dan berita yang agak penting di’sini, pihak Astro telah mengesahkan beberapa hari lalu yang Johan Raja Lawak dan Fauziah Dato’ Ahmad Daud (Ogy) adalah hos utama majlis anugerah ini.

Maklumbalas awal yang kami pantau rata rata menunjukkan minat yang lebih untuk menonton Festival Filem Malaysia ke 24 kali ini kerana kehadiran pasangan baru Ogy & Johan Raja Lawak.

Turut di’umumkan ialah Awal Ashaari yang akan mengacara post party yang juga akan di’siarkan secara langsung menerusi Astro Prima dan gandingan Reza Era, Aril AF & Didie Alias sebagai hos karpet merah FFM24.

Rindukan Anuar Zain membuat persembahan? Pihak Astro turut memaklumkan yang penyanyi lelaki kesayangan ramai ini telah mengesahkan kesudian untuk membuat kemunculan istimewa di pentas FFM24.

Sudah cukup sebab musabab untuk menonton Festival Filem Malaysia ke 24 pada malam 20 Disember ini? Saksikan secara langsung bermula jam 9.00 malam di Astro Prima.