Siapa yang tidak sabar untuk lihat majlis perkahwinan paling meriah untuk tahun 2012? OMG kami sendiri dapat merasa kuat aura debaran’nya. /sarcasm

Lisa Surihani dan Yusry KRU akan bernikah pada 23 Februari 2012 ini di Marriot Putrajaya Resort & Spa dalam suasana sederhana.

Namun, kesederhaan pasangan ini tidak menghalang Astro Ria untuk menyiarkan 2 dokumentari khas buat pasangan ini selepas majlis perkahwinan mereka selesai nanti.

Dokumentari 2 episod Yusry KRU & Lisa Surihani berjudul ‘Semarak Ikatan Cinta’ ini akan di’tayangkan pada 25 Februari & 3 Mac 2012 namun waktu tayangan masih belum d’umumkan kepada peminat hiburan Malaysia.

Lisa Surihani & Yusry KRU turut menjadi pasangan muka hadapan untuk majalah Astro View edisi Februari 2012 yang menampilkan tema percintaan ala Valentine’s Day. Lisa Surihani nampak sweet dalam persalinan tersebut.