fbpx

Persaingan selebriti, program TV, sukan & filem kegemaran anda untuk meraih anugerah di Astro On The Go Fan Choice Awards semakin rancak kini dan anda sudah memberikan undian berharga anda atau belum? Haa.

Memasuki minggu kedua pusingan akhir undian ketika ini, Astro On The Go Fan Choice Awards melihatkan senarai selebriti, program TV, sukan & filem yang mendahului setiap kategori hasil undian anda semua.

Screen Shot 2014-04-28 at 12.21.04 AM

Ketika ini nampaknya untuk kategori Gempak, Favourite Drama TV Show telah didahului oleh siri televisyen popular yang baru sahaja berakhir, Bukan Kerana Aku Tak Cinta lakonan hebat Sharnaaz Ahmad & Nelydia Senrose. Menerusi sub-kategori Favourite Fuyooo Actor pula ianya didominasi oleh Zizan Razak dan Favourite Laugh Out Loud TV Show masih didahului oleh Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM 2013).

Screen Shot 2014-04-28 at 12.26.21 AM

Filem pula menerusi sub-kategori Favourite Movie didahului oleh filem Juvana dan kami pasti ianya diekori rapat oleh filem hebat yang lain. Nelydia Senrose pula kini masih menjadi pilihan ramai (termasuk kami di sini) untuk mendahului Favourite Phewittt Actress. Sub-kategori Favourite Reality TV Show nampaknya kini diunggului oleh program Pencetus Ummah.

Kalau anda tidak nampak selebriti, program TV & filem kegemaran anda mendahului mana mana sub-kategori di atas, undi anda boleh mengubah semua ini — atau jika kegemaran anda masih mendahului, minta tolong keluarga dan kawan kawan lain untuk mengekalkan kedudukan.

Ingin kami ingatkan yang undian anda semua bukan hanya penting untuk semua yang tercalon dalam Astro On The Go Fan Choice Awards malah ANDA sendiri boleh memenangi barisan hadiah hebat jika mengumpul mata terbanyak.

Screen Shot 2014-04-28 at 12.33.56 AM

Lihat sahaja hadiah tempat pertama secara mingguan — anda boleh memenangi iPhone 5S dan juga 2 jemputan VIP untuk berjumpa selebriti kegemaran anda pada acara AOTG LIVE Explorer yang akan berlangsung 25 Mei 2014 ini di Paradigm Mall. Bukan itu sahaja, lihat hadiah lain yang ditawarkan Astro On The Go Fan Choice Awards untuk anda yang rajin mengundi & menjemput rakan rakan untuk turut serta. Pergi ke laman undian sekarang!

Alang alang bercakap tentang Astro On The Go, tahukah anda yang sekarang ini anda semua boleh menonton program TV, filem dan sukan terpilih secara PERCUMA dan TANPA pendaftaran. Ya, maknanya tanpa akaun Astro pun anda boleh menikmati program Astro di peranti mudah alih anda semua. Hanya buka aplikasi Astro On The Go dan pilih program — jika anda mahu lebih, anda boleh nikmati lebih rancangan hiburan apabila anda mendaftar!

Pre login AOTG

Jadi, mudah untuk anda semua sebagai peminat untuk mengikuti selebriti, program TV, filem dan sukan kegemaran anda di mana mana sahaja. Selepas puas menonton, jangan lupa untuk terus mengundi Astro On The Go Fan Choice Awards selagi ada kesempatann. Jom!