fbpx

Ashraf Sinclair Meninggal Dunia

Astro Awani hari ini melaporkan yang pelakon terkenal Ashraf Sinclair meninggal dunia pada awal pagi Selasa akibat serangan jantung di Jakarta, Indonesia.

Menurut laporan KompasTV, kematian Ashraf Sinclair yang berusia 40 tahun disahkan pengurus Bunga Citra Lestari, Doddy menerusi perbualan aplikasi WhatsApp.

“Iya (benar meninggal). Serangan jantung,” katanya.

Jenazah suami kepada Bunga Citra Lestari itu masih berada di Rumah Sakit MMC Kuningan.

Ashraf Sinclair berkahwin dengan Bunga Citra Lestari pada 8 November 2008 di Masjid Al Bina Senayan, Jakarta.

Beliau meninggalkan seorang balu dan seorang anak lelaki yang baru berusia 10 tahun, Noah Aidan Sinclair.