fbpx

Ashraf Muslim– Sabar Hanya Jawapan Yang Ada Pada Diri Saya

Pelakon dan Pengamal Perubatan Islam, Ashraf Muslim yang sebelum ini telah menimbulkan gosip dan kontroversi apabila dia dikatakan akan berpoligami di atas sebab-sebab tertentu.

Pertemuan bersamanya di Majlis Seindah Ramadhan TV3 telah merungkai segala-galanya apabila dakwaan sesetengah pihak itu tidak benar belaka.

“Secara terus-terang, benda ini merupakan personal life saya dan mengenai perkahwinan yang disebut-sebutkan oleh sesetengah orang itu sebenarnya tidak benar. Saya sendiri pun tidak tahu apa dari mana dan siapakah yang memberikan kenyataan sebegitu, walhal saya dan isteri hanya baik-baik seperti biasa, tidak timbul soal berpoligami kerana saya sendiri tahu soal itu adalah benda yang sangat sensitif bukan sahaja perempuan saya malah sendiri pun turut merasakannya”

“Banyak soal dan perkara yang perlu saya titik beratkan kerana banyak pihak yang perlu saya jaga ini termasuklah keluarga saya sendiri dan juga keluarga mentua saya,” ujarnya.

Ashraf turut memberitahu bahawa dia kini hanya mampu bersabar kerana percaya apa yang dikatakan sebelum ini adalah tidak benar.

“Saya nak buat macam mana? apa yang saya buat sekarang ini hanyalah bersabar sahaja kerana itulah yang saya buat selama ini kerana bagi saya biarlah mereka bercakap kerana apa yang diperkatakan itu pun tidak benar sama sekali, mulut orang susah untuk kita tutup dan susah juga untuk kita puaskan hati semua orang,” katanya.

Perkembangan lain, Ashraf Muslim akan meneruskan projeknya yang seterusnya iaitu menjadi usahawan beras yang dinamakan sebagai ‘beras muslim’ tidak lama lagi. Selain itu dia juga akan membintangi drama berjudul Qarina yang akan ditayangkan pada bulan Ramadhan ini.