Bukanlah perkara yang menarik jika isteri isteri bertanyakan tentang khabar angin bahawa sang suami menghubungi bekas kekasih semula. Bagaimanapun bagi Ashraf Muslim, dia tidak mudah melatah apabila gosip mengenai dirinya berhubung semula dengan bekas kekasihnya, Sherry Ibrahim.
BACA: Enggan Selfie Dengan Wanita, Ashraf Muslim Dituduh Sombong
“Saya terkejut apabila mendapat tahu cerita itu daripada isteri-isteri saya. Mereka berkongsi cerita itu dalam kumpulan WhatsApp kami. Memandangkan ia adalah gosip, jadi bukan satu masalah besar. Tidak ada apa perlu dibangkitkan”
“Tambahan pula cerita yang tersebar itu tidak betul sama sekali. Kalau nak tahu selepas kami berpisah beberapa tahun lalu, saya tidak pernah menghubunginya sehingga sekarang. Lagipun kalau difikir balik tidak ada kepentingan untuk saya berbuat sedemikian,” jelasnya kepada Harian Metro.
Mengetahui perkara tersebut hanyalah gosip dan tidak benar sama sekali, Ashraf menjelaskan perkara tersebut tidak sepatutnya diperbesarkan selain menyatakan tidak ada kepentingan lagi dia berbuat seperti dakwaan gosip berkenaan.
“Paling penting apa yang berlaku antara mereka tidak ada kaitan dengan saya. Itu hal mereka dan begitu juga dengan saya yang sudah mempunyai kehidupan sendiri,” katanya. (rtky/s)