fbpx

Kenyataan terbaru dari laman web rasmi Pusat Rawatan Islam Al Hidayah menyebut yang Ashraf Muslim telah pun meletak jawatan daripada menjadi Perawat dan Ketua Operasi (COO) pusat rawatan Islam itu.

Dalam kenyataan ringkas yang sama juga, Ashraf Muslim dikhabarkan telah juga meletak jawatan sebagai Pengarah untuk Yayasan Al Hidayah dan Mahaad Tahfiz Al Hidayah.

“Untuk makluman semua, mulai 2 Jun 2013, Mohd Ashraf Muslim tidak lagi menjadi Perawat dan Ketua Operasi (COO) di Pusat Rawatan Islam Al Hidayah. Beliau juga telah meletakkan jawatan sebagai Pengarah untuk Yayasan Al Hidayah dan Mahaad Tahfiz Al Hidayah”

Tidak dinyatakan pula apakah sebab tindakan Ashraf Muslim meninggalkan terus karier beliau di sana dan dengan situasi selebriti ini masih menyorok dari pihak media, jawapannya mungkin lambat untuk kita tahu.

Adakah kerana tekanan orang sekeliling selepas isu ingin berkahwin dua beliau di’ketahui umum? Hmm.