Selepas Puteri Aishah dan lapan kru termasuk pengarah disahkan positif COVID-19 selepas menjalani penggambaran di Scotland bulan lalu, pelakon Ashraf Muslim pula turut disahkan dijangkiti virus tersebut.

Difahamkan, setelah sekian lama berdiam mengenai keadaan dirinya, Ashraf akhirnya berkongsi berita itu menerusi akaun Instagram sebentar tadi. Ashraf turut meluahkan rasa sedih sebaik sahaja menerima keputusan itu dan memohon orang ramai mendoakan untuknya.


BACA: Puteri Aishah Disahkan Positif COVID-19

Ashraf memberitahu dia menerima berita sedih itu pada 12 April lalu hanya mampu menahan sebak dan menerima keputusan yang di luar dugaan itu dengan penuh redha. Menerusi entri itu, Ashraf sempat memohon maaf kepada ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya.

View this post on Instagram

Assalamualaikum…Tanggal 12hb April 2020 menjadi jawapan bagi AM ttg keputusan Sample covid19. Yer.. saya dijangkiti virus Covid19. Sewaktu itu walaupun sebak didada bila mendapat tahu jawapan tapi saya redha dgn pilihan Allah.. ada hikmah disebaliknya. Dtg perasaan nervous dan mcm2 perasaan timbul bila masuk dalam ambulance.. (itu yg sampai berpeluh2 tu). Maafkan saya ahli keluargaku, sahabat2 dan rakan-rakanku. Dan please tolong doakan yg baik utk saya dan pesakit-pesakit disini dan juga kita semua, semoga Allah jauhkn wabak ini dan tidak berterusan lagi serta sihatkan kita semua. Disini juga saya memohon maaf kepada rakan-rakan wartawan yg cuba menghubungi saya sebelum ini, yerlah..harap faham dgn situasi saya sekarang ni. Tak lupa juga pada frontliners doktor2, MA, nurse2 dan mereka yg terlibat , terima kasih u all are our hero.. and to mama, ibu , sarah, adam, anas dan safiyyah doakan ayah sungguh-sungguh supaya clear dr covid ni cepat yer.. supaya kita dapat jumpa ramai-ramai. Ayah rindu sangat.. tp jangan risau yer ayah ok kat sini sihat dan bole solat dan baca quran mcm biasa. Sama-sama kita berperasangka baik pada Allah.. hanya DIA yg berikan penyakit dan dari DIA jua yg memberikan kita kesembuhan.. Allahualam. Assalamualaikum wbt.

A post shared by Ashraf Muslim (@ashrafmuslim) on

“Saya dijangkiti virus COVID-19. Sewaktu itu walaupun sebak di dada bila mendapat tahu jawapan tapi saya redha dgn pilihan Allah.. ada hikmah di sebaliknya.


“Datang perasaan nervous dan macam-macam perasaan timbul bila masuk dalam ambulance.. . (itu yang sampai berpeluh-peluh tu). Maafkan saya ahli keluargaku, sahabat-sahabat dan rakan-rakanku,” katanya.

Tidak mendedahkan di hospital mana dia dirawat, Ashraf berkata dia berada dalam keadaan yang sihat dan berpeluang melaksanakan ibadah seperti solat dan membaca Al-Quran.