fbpx

Ashraf Muslim Dijangka Fail Permohonan Poligami Hari Ini

Walaupun sebelum ini Ashraf Muslim enggan mengulas lanjut tentang isu ingin berkahwin lagi selain memberikan kenyataan yang selamat, hari ini timbul pula perkembangan baru tentang niat beliau itu.

Berita Harian melaporkan yang Ashraf Muslim dijangka akan memfailkan permohonan poligami di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur hari ini.

Permohonan itu adalah untuk membolehkan Ashraf Muslim mendapat kebenaran mahkamah untuk berkahwin lagi namun tiada maklumat tentang identiti bakal isteri keduanya.

BACA: Wanita Dakwa Ada Hubungan Dengan Ashraf Muslim, Kahwin?

Perkahwinan pertama Ashraf Muslim adalah bersama Noor Dayana yang pelakon itu sendiri akui sedang menghadapi masalah namun tetap nafikan sebarang khabar angin yang beliau ingin berkahwin dua.

Kita tunggu sahaja perkhabaran dari mahkamah hari ini jika benar Ashraf Muslim teruskan hasrat failkan permohonan poligami beliau.