fbpx

Ashraf Muslim Bawa Dua Isteri & Anak Bercuti Ke Bandung

Kami suka lihat keluarga kecil ini yang kini nampaknya bahagia dengan kehidupan mereka walau sebelum ini pernah terpalit kontroversi yang menjadi bualan ramai. Ashraf Muslim nampaknya tahu bagaimana untuk menangani isu yang timbul.

Terus menjadi perhatian peminat dunia hiburan selepas kelahiran anak pertama beliau hasil perkahwinan kedua dengan Wan Sakinah, Ashraf Muslim kini lebih selesa untuk kongsikan kisah kehidupan beliau bersama isteri isterinya secara tidak langsung menerusi lama sosial.

Kedua dua isterinya, Wan Sakinah & Dayana aktif di laman sosial Instagram dan sering berkongsi gambar mereka bersama dan terbaru peminat dihidangkan dengan gambar percutian mereka ke Bandung, Indonesia — mereka dipercayai masih bercuti di sana ketika ini.

Peminat rata rata meninggalkan komen positif di semua gambar mengatakan Ashraf Muslim kini mempunyai imej positif sebagai seorang suami yang berlaku adil selain mendoakan mereka hidup dalam keadaan gembira dan sentiasa bahagia hendaknya.

Berikut merupakan beberapa keping gambar Ashraf Muslim dan isteri isterinya berserta anak mereka bercuti di Bandung, Indonesia untuk tatapan anda di bawah. Enjoice! (rtky/m)