fbpx

Ashraf Muslim: Kritikan Salah Satu Dugaan Berpoligami

Menerima pelbagai tohmahan dan juga komen-komen negatif mengenai perihal rumah tangganya yang sering menjadi tumpuan ramai kerana berpoligami, Ashraf Muslim mengakui hanya mampu bersabar dan memberi tumpuan terhadap perkara yang sepatutnya.

BACA: Isteri Muda Bergurau Ashraf Muslim Kahwin Lagi

“Bagi saya biarlah mereka nak bercakap, ini hal keluarga saya dan ia tidak boleh dikongsikan dengan orang lain tapi kalau mereka masih mahu bercakap saya tidak boleh berbuat apa-apa tapi yang berdosanya mereka”

“Kalau saya jelaskan perkara sebenar pun tidak ada guna kerana mereka masih akan bercakap perkara yang buruk. Yang penting saya perlu didik keluarga saya supaya lebih bersabar dan perlu faham kerana mereka bersama selebriti yang sering ditembak sana-sini”

“Apa yang berlaku, saya anggap ini adalah dugaan dan cabaran buat kami sekeluarga,” katanya kepada Sinar Harian sambil menjelaskan dia kini perlu bekerja keras lebih-lebih lagi menjelang kelahiran anak kedua bersama Sakinah. (rtky/s)