fbpx

“Asalnya Telanjang, Ni Dah Tutup Sikit”

Penampilannya sering dikritik netizen gara-gara terlalu seksi dan mencolok mata, sudah tentu ramai yang akan menasihati Sharifah Sakinah mengenai cara pemakaiannya itu.

Nampaknya, nama Sakinah sekali lagi menjadi perhatian netizen apabila dia berkongsikan mesej peribadi yang diterima daripada seorang netizen menegurnya supaya lebih menutup aurat. Kata netizen itu lagi, biarpun tidak bertudung tetapi tidak perlulah berpakaian tetapi seperti telanjang.

BACA: “Bukan Dah Pergi Mekah Ke Tapi Pakai Seksi Balik?”

Bagaimanapun, tindakan Sakinah memuat naik mesej tersebut dikritik netizen. Kata netizen lagi, pelakon itu tidak sepatutnya berkongsi mesej itu kepada umum kerana teguran itu diberikan secara peribadi.

Malah orang ramai turut mempertahankan netizen tersebut yang memberikan teguran melalui mesej dan tidak bertindak memalukan pelakon itu dengan meninggalkan mesej di ruangan komen secara terbuka.

Tidak kurang juga ada netizen mendakwa jawapan ‘sarkastik’ Sakinah itu tidak lawak langsung dan hanya mengaibkan diri sendiri sahaja.

Malah, ramai yang tidak faham dengan masalah artis apabila ditegur secara terbuka marah, tetapi apabila memberikan teguran melalui mesej peribadi di sebarkan pula.