Umum mengetahui jenazah penyanyi Suhaimi Saad selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi, Johor jam 9.30 pagi tadi.
Memetik mStar Online, anggota kumpulan InTeam iaitu Rahim menyifatkan Suhaimi seorang yang berpewatakan ceria serta suka menghiburkan orang.
BACA: “Ayah Pesan Kalau Ayah Tak Ada Nanti Mandikan Ayah, Solatkan” – Anak Suhaimi
Menurut Rahim, gaya percakapan dan riak wajah lucu Suhaimi sudah cukup membuatkan orang sekeliling terhibur.
“Dia seorang yang sangat baik. Dia suka menghiburkan ketika kami kami dalam InTeam dan arwah sentiasa menceriakan suasana.
“Dia (lawak) bukan pada perkataan tapi gaya dan cara dia bercakap termasuk riak wajahnya pun kita boleh ketawa,” katanya.
Dalam pada itu, Rahim berkata Suhaimi seorang bapa yang pandai mendidik empat anaknya dan ke semuanya mempunyai akhlak yang baik.
“Kalau tengok anak-anak arwah pun, sangat bagus..baik-baik semuanya. Arwah memang seorang bapa yang baik dan berjaya mendidik anak-anaknya,” katanya.