fbpx

“Arwah Pernah Cakap Nak Hidup Sehingga Usia 43 Tahun” – Ina Naim

Isteri kepada bekas penyanyi nasyid Suhaimi Saad iaitu Ina Naim berkata suaminya pergi dalam keadaan tenang disisinya bersama anak-anak.

Memetik Harian Metro, Ina berkata suaminya sudah mula batuk teruk sejak Ogos lalu dan semakin merosot sejak awal Oktober selepas mengalami cirit birit sehingga berat badan susut 20 kilogram.

BACA: Suhaimi Saad Hidap Pneumonia, Ina Naim Yakin Suami Akan Sembuh

“Arwah tidak muntah hanya batuk teruk sejak bulan Ogos dan alami cirit birit. Arwah dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) sejak 10 November lalu,” katanya.

Menurut Ina lagi, arwah suaminya pernah berkata dia hendak hidup sehingga usia 43 tahun dan pada Oktober lalu genap usianya 43 tahun.

“Sejak di Hospital Kota Tinggi lagi, arwah minta ditidurkan sebagai ikhtiar terakhirnya. Ketika hidup, arwah suami ada cakap hendak hidup sehingga usia 43 tahun, dan 12 Oktober lalu genap usianya 43 tahun,” katanya.

Dalam pada itu, arwah meninggalkan pesan meminta maaf kepada semua orang seperti yang dimuat naik di laman sosial TikTok miliknya sebelum ditidurkan.