fbpx

“Arwah Ada Cakap Dia Ada Masalah Jantung, Pernah Tunjuk Ubat”

Penyanyi Ashira berkata dia terkejut dan tidak menyangka sebaik saja menerima berita pemergian mengejut bekas suaminya, Allahyarham Bad Indigo semalam.

Memetik Kosmo, Ashira berkata ketika mereka bergelar suami isteri Bad pernah memberitahu masalah jantung yang dihadapinya.

BACA: Ashira Menggigil Dengar Berita Bad Indigo Meninggal Dunia

Malah, Bad pernah menunjukkan ubat-ubatan yang perlu dimakan jika berlaku serangan mengejut pada dirinya. Namun, arwah pernah memberitahu sudah lama tidak mempunyai masalah pada jantung.

“Sebelum ini arwah memang ada cakap dia ada masalah jantung. Dia juga pernah tunjukkan saya ubat-ubatan yang dia makan supaya saya tahu jika terjadi apa-apa padanya.

“Tapi dia ada beritahu juga, sudah lama tidak mempunyai apa-apa masalah pada jantungnya. Namun sudah ajalnya begitu,” katanya.

Dalam pada itu, Ashira berkata dia tidak menyangka arwah sudah tiada kerana sebelum ini dia melihat perkongsian bekas suaminya di media sosial kelihatan semakin sihat.

“Saya sudah lama tidak berhubung atau berjumpa dengan arwah sejak berpisah. Masing-masing bawa haluan sendiri. Tapi saya nampak perubahan arwah makin sihat dan baik menerusi perkongsiannya dalam TikTok. Tapi tidak sangka pula, hari ini arwah telah pergi buat selama-lamanya,” katanya.