fbpx

Isteri kepada bekas penyanyi nasyid Allahyarham Suhaimi Saad iaitu Ina Naim berkata suaminya pernah berpesan agar anak-anak berpegang teguh kepada suruhan Allah, Al-Quran dan hadis.

Memetik Sinar Harian, Ina berkata pesanan itu dibuat oleh Suhaimi setiap kali berbual ketika sedang sakit di kediaman mereka di Kota Bharu, Kelantan.

BACA: “Ayah Pesan Kalau Ayah Tak Ada Nanti Mandikan Ayah, Solatkan” – Anak Suhaimi

“Biasanya kami akan bersembang sekeluarga. Allahyarham ada cakap sudah selesai tanggungjawabnya mengajar kamu (anak-anak) mengenali ALLAH, al-Quran dan hadis. Pegang kuat-kuat (tiga perkara ini),” katanya.

Menurut Ina, arwah suami dan anak-anak sempat bermaafan sebelum mereka sekeluarga pulang ke Johor minggu lalu.

“Semasa dalam keadaan Allahyarham sakit, kami telah bermaafan sebelum saya membawa Allahyarham pulang ke Johor.

“Allahyarham juga pesan suruh anak-anak jaga saya jika ajal menjemputnya, saya juga diminta menjaga anak-anak,” katanya.