fbpx

“Artis Memang Macam Tu, Kejap Pakai Kejap Buang Tudung”

Hampir dua tahun mengenakan hijab pada 2017, namun sejak kebelakangan ini cara pemakaian tudung Liyana Jasmay menjadi perhatian ramai dan sering dikritik. Malah ada netizen mendakwa pelakon itu seolah mempermainkan agama.

Melihat penampilannya kini yang dilihat lebih selesa memakai topi atau ‘snowcap’ dengan pelbagai gaya. Susulan cara pemakaiannya itu ada yang mendakwa pelakon itu memakai tudung sekadar main-main dan bakal membukanya suatu hari nanti.

BACA: Liyana Jasmay Berang Caranya Bertudung Dikritik

Bagaimanapun, baru-baru ini foto yang dimuat naik oleh Liyana di sebuah restoran bersama keluarganya menjadi bualan ramai apabila pelakon itu dilihat tidak bertudung.

Rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut melihat foto tersebut dan bertanyakan kepada tuan badan mengenai perkara itu. Dalam pada itu ada yang mengatakan mungkin itu gambar lama, namun ada netizen menjawab kedua-dua anaknya sudah besar di dalam gambar tersebut.

 

Meskipun ramai yang mengecam, namun banyak komen positif dari netizen yang meminta orang ramai untuk bersangka baik serta mendoakan yang baik-baik sahaja buat pelakon itu.